Friday 27 February 2009

This week...

Alhamdulillah..free sikit nak memuatkan entry kali ini..rasa buat laporan pula kat blog sendiri..kalau kat sekolah byk benda le nak dilaporkan..hehehe nie tak kerja so apalagi hal2 masak memasak n window shopping je le yg boleh dikhabar..

Diri sendiri..
~agak moody..
~buat kerja/hal2 yg tak de dlm planning..
~malas sangat nak berexcercise..so diet tinggal diet..even semua equipment senamam byk dibeli..tp kalau dah word M tu menjelma..tak leh nak buat apa...
~datang ke kelas n have new member from beijing..cos tutor suruh grouping dgn dia setiap kali discuss..blum kenal cos tak de free time..


Family..
~anak-anak dah bersekolah n nadia masih menangis nk g sekolah ..kawan2 boy very mean..itu alasan dia..
~hubby biasa le..sibuk dgn study..

Persekitaran..
Isnin lepas aku nak ambik nadia dari sekolah tapi sebelum tu nak g boots n local shop kat crediton ni..biasa nyer memang suka jalan kaki..cepat n boleh excercise sikit..suruh hubby tunggu kat car park ambik aku n nadia..
dalam perjalanan ke kedai tu ..tak jauh dari aku berjalan..acccident..sebelum tu memang aku dengar bunyi kereta mengaum..n terus bunyi mcm car crashed..so masa tu tengah say hello dgn sorang yg aku kenal..bertembung kat jalan..
yg aku belum tau apa berlaku ..so aku pun lalu kat situ n aku tengok semua kereta berhenti..memang sah ada acccident tapi betul agak memeranjatkan aku cos acccident tu betul kat 'crossing' yang sepatutnyer kereta mesti berhenti bila ada org melintas kat situ..kalau 8.45 pagi n 3.15petang balik ..ada 'pop lady' yg mengawal lalu lintas..bila students crossing..'Malang Tak Berbau'..
aku tengok seorang wanita terbaring dgn kepalanyer yg berlumuran darah, ada org lain yg sedang memangku beliau..emm aku mula rasa uncomfortable cos aku tak leh tengok darah byk..aku rasa kaki aku mule menggigil..so aku berhenti sekejap je kat situ..Polis pun datang..tp aku tak nampak ambulace datang..aku pun terus ke kedai dgn persoalan???? sapa salah??? terus call hubby bagitau aku tak jadi nak ke boots cos hati tak tenang nak bershopping..cuma masuk sebuah kedai n terus patah balik ke sekolah..n jalan pun dah clear..cepat n pantas Polis settle..n hubby bagitau ada helicopter landing kat padang ..mayb bawa mangsa tu ke hospital..
Balik rumah..apalagi..bagi nasihat/pesanan kat adik sebelum melintas tengok betul2 jalan tu clear..cos dia hari2 guna crossing tu g sekolah ..

Hari nie dapat sms dari sahabat yg mengingatkan aku tentang @Hari Sahabat Sedunia@ aku masih tidur bila sms dia sampai..tapi pagi tadi baru baca..so rasa nyer..boleh share juge yang dia sms..agak touching..

~They love you,but they're not your lover.
They care for you but they're not from your family.
They ready to share your pain but they're not in your blood relation.
They are..... FRIENDS
True friend scolds like a DAD
Cares like a MOM
Teases like a SISTER
Irritates like a BROTHER & Finally
Loves you more than a lover


~Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .

Dan untuk kawan-kawan ku yang berada jauh beribu-ribu batu disana..happy 'Worlds Bestfriends week..n of course i luv you all..








Untuk sahabatku yang telah kembali kerahmatullah..Hamsiah bt Janis dan Aidil Mohd semoga roh mereka dijujuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin.Al-Fatihah.

lepas nie nak cari resepi masakan pule..minggu nie byk goreng mengoreng..oily..so nk cari resepi baking/panggang gitu..tp last2 curry juge yg sedap..emmm..

cheerio..

naty

No comments: